Saturday, 6 August 2011

Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu Berada Dalam Kerugian.

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" 


(surah Al-Asr Ayat : 1-3) 
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"


 (Hadis Sahih Riwayat Muslim) 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia"


 (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih) 

umat islam ramai-ramai lah undi palestine

klik di link di bawah :

http://www.israel-vs-palestine.com/US/EN/

Thursday, 4 August 2011

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” 


Hadis riwayat al-Hakim.
"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(An-Nisa': 1 )
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Puasa


1.Syarat Wajib Puasa :
  1. Islam
  2. Balihg
  3. Berakal/ waras
  4. Mampu/Tidak uzur


2.Syarat Sah Puasa:
  1. Orang Islam
  2. Balihg
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa


3.Rukun Puasa:
  1. Berniat pada malam harinya.
  2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.


4.Sunat Puasa 
  1. Makan sahur serta melambatkannya.
  2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air.
  3. Menjamu orang berpuasa.
  4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Monday, 1 August 2011

Kelebihan Berpuasa

Abu Umamah r.a berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”

(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban)

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan 2011

blog di pagi ramadhan..

Hari pertama ramadhan,sabur kali ini makan nasi,kicap,telur dadar dan minum teh o jer.. :)